TAJUK LATIHAN : KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

KOD :FS 02 (0.5 Hari)

BAHASA :BAHASA MALAYSIA

1. PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Program Latihan Pengendali Makanan pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institut swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan.

Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara. Latihan pengendali makanan adalah wajib ke atas semua pengendali makanan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

PHEIO Management Sdn Bhd telah tersenarai sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2015.

2. KUMPULAN SASARAN

Mereka yang terlibat dengan pengendalian makanan seperti dalam sektor:

  • Kilang pemprosesan makanan/minuman
  • Hotel/Resort/Convention Center
  • Airline Catering/Offshore Catering
  • Restoran/Kedai Makan/Kafeteria
  • Medan Selera/Pusat Penjaja/Pasaraya
  • Kantin Sekolah/Kantin Asrama
  • Kiosk Jualan Makanan/Bakeri/Kedai Kek
  • Kantin Pejabat/Kilang/Industri
  • Taska/Tadika
  • Katering/Home Bakers
  • Lain-lain Pengendalian Makanan

3. OBJEKTIF LATIHAN

Menambah pengetahuan pengendali makanan terhadap Amalan Kebersihan Yang Baik seperti berikut:

  • Mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  • Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis makanan
  • Meningkatkan kesedaran tentang bahaya pencemaran makanan
  • Mengetahui bahaya penyakit bawaan makanan
  • Memahami langkah kawalan pencemaran silang
  • Memahami peraturan berkaitan kebersihan diri
  • Memahami teknik pencucian dan sanitasi, kawalan makhluk perosak, dan penyelenggaraan di premis makanan
  • Mengetahui kawalan suhu yang betul dalam operasi penyediaan makanan
  • Mendapat sijil latihan untuk tujuan perlesenan Kerajaan Tempatan
  • Memenuhi syarat Sistem Jaminan Keselamatan Makanan (pensijilan MESTI, BeSS, GMP, HACCP, dan ISO 22000)

4. HUBUNGI 

 Alamat :

PHEIO Management Sdn Bhd

No 19-2 Jalan Elektron F U16/F,

E Boulevard Denai Alam,

Seksyen U16, 40160 Shah Alam.

 Tel/ Fax: 03-7831 9447

Mobile/ Whatsapp: 012-295 3077

Email:

pheio.mgmt@gmail.com

pheio.inquiry@gmail.com

Website: www.pheio.com

5. MAKLUMAT PENYEDIA LATIHAN

HRDF Approved Training Provider

PHEIO Management Sdn Bhd

Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan

Serial No: 1150056T

Valid until: 05 Jan 2022

Scheme: SBL -Skim Bantuan Latihan